Kelas Asas Microsoft Excel Dan Powerpoint

4 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Februari 2019, Ahad, Pusat Internet Kg. Bandong telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Excel dan PowerPoint yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Bandong. Kelas ini diadakan selama 4 jam di mana Kelas Microsoft Excel diadakan pada jam 11:00 pagi sehingga 1:00 tengah hari manakala Kelas Asas Microsoft Powerpoint pula diadakan pada sebelah petang iaitu dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang.

Kelas tersebut dihadiri oleh seorang pelajar lepasan SPM. Kelas ini merangkumi aktiviti seperti pengenalan kepada Microsoft Excel dan cara pengiraan ringkas menggunakan Microsoft Excel 2013. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan cara membuat slaid perbentangan dengan menggunakan Microsoft Powerpoint.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali